Tuesday, February 16, 2010

wanita solehah

wahai wanita solehah,
jangan risau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan
atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah lelaki yang kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya
dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir
untuk melengkapkan kekuranganmu

Friday, January 1, 2010

knp perlu tutup aurat ye?

1. kerana Allah. ketahuilah bahawa aurat wanita ini memang amat payah untuk dijaga, tetapi jika wanita itu dapat menjaganya dengan baik, insyaAllah, Allah sendiri yang akan melawatnya di syurga kelak.subhanallah
2. kerana ana sayangkan abah, jika ana tidak menjaga aurat dengan betul abah turut menanggung dosa ana.
3. kerana seluruh tubuh ana ini hanya layak dilihat oleh seorang lelaki yang bernama suami. jika orang lain sudah melihat aurat ana, jadi apa istimewanya suami ana nanti?
4. kerana ana tidak mahu lelaki-lelaki diluar sana sengsara dek kecantikan seorang wanita

Wednesday, December 16, 2009

kerasnya hati ini

ya Allah,
mengapa diri ini terlalu kejam
mengapa diri ini terlalu sombong
terlalu ego
hinanya aku di pandanganMu ya Allah
Kau beri aku nikmat yang tak terhingga
Kau beri aku keluarga bahagia
kehidupan yang serba serbi mengembirakanku,
tetapi, hati ini seperti batu
batu yang sangat keras, sukar untuk dilentur
subhanaAllah, aku hina ya Allah
aku jahil ya Allah..........