Tuesday, February 16, 2010

wanita solehah

wahai wanita solehah,
jangan risau akan jodohmu
kerana muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan
atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita.
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah lelaki yang kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya
dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir
untuk melengkapkan kekuranganmu